"Maahad Darul Quran Masjid Rusila Marang, Terengganu"
IHYA' RAMADAN MAAHAD DARUL QURAN RUSILA
Ramadan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat Islam untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Bulan Ramadan Al-Mubarak pasti dirindui oleh semua umat Islam di seluruh dunia khususnya Malaysia yang terus ingin merebut keberkatan di bulan yang penuh hikmah ini.
PELUANG INFAQ RAMADAN. Justeru itu, program Ihya Ramadan dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan dapat menjayakan program sekolah sempena Ramadan kali ini di samping, mengejar keredhaan Allah dan ganjaran yang besar di bulan Ramadan.
Maahad Darul Quran Rusila memerlukan dana bagi membiayai kos pengurusan dan pembinaan Kompleks Akademik Maahad Darul Quran, Rusila seperti di bawah : Pusat Pentadbiran Utama MDQ (Pejabat, Bilik Guru, Kelas, Perpustakaan, dan lain-lain)
Maahad Darul Quran membuka peluang kepada tuan/puan yang ingin hadiahkan bacaan Al-Quran dan doa dari pelajar maahad kepada ahli keluarga yang telah meninggal dunia dan insyaAllah kami akan jayakan pada bulan Ramadan ini.
RM 20 @ Seikhlas Hati
Infaq Santunan Mahabbah
Santunan Mahabbah Ramadan adalah salah satu inisiatif untuk membantu kakitangan dan warga Maahad Darul Quran seramai 140 orang dengan memberikan barangan berupa bakul Ramadan.
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway CHIP, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada CHIP IN SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway CHIP.
3. Letakkan REFERENCE "INFAQ RAMADAN MDQ" untuk mudahkan pihak kami mengagihan dana.
4. Pegawai Pemasaran kami akan menghubungi YB/Dato'/Puan/Tuan/Puan/Cik jika ada masalah untuk PROSES sumbangan anda.
5. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi : 01153583488 (Pejabat Dana MDQ)